Perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi, merugikan 

Perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi, merugikan 

ANWAR Ibrahim (lima, kanan) bersama pemimpin ASEAN pada perasmian Sidang Kemuncak ASEAN di Vientiane, Laos hari ini. -PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perpecahan dalam ASEAN berisiko dieksploitasi sehingga merugikan keutamaan dan kesatuan ASEAN. 

Perdana Menteri berkata, hal itu ketika ketegangan global terus meningkat dan polarisasi dlihat mengatasi integrasi. 

Sehubungan itu, beliau berkata, ASEAN mesti kekal bersatu dan akan terus menjadi peneraju utama kepada keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau itu.

“Menjadi tanggungjawab kita, negara anggota ASEAN menolak perkara yang cenderung menyebabkan perpecahan.

“ASEAN mesti tegas dan berpendirian dalam menghantar mesej yang jelas kepada dunia yang ASEAN mesti kekal bersatu,” katanya dalam sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 di Vientiane, Laos hari ini. 

Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 serta Sidang Kemuncak Berkaitan membuka tirainya pagi tadi di Pusat Konvensyen Kebangsaan (NCC) dengan kehadiran lebih 2,000 delegasi.

Majlis bermula dengan sambutan kehadiran ketua negara ASEAN, termasuk Anwar yang disambut Perdana Menteri Laos, Sonexay Siphandone.

Antara ketua negara ASEAN lain yang hadir termasuk Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah; Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong; Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra.

Indonesia pula diwakili Naib Presiden, Ma’ruf Amin yang mewakili Presiden Joko Widodo atau Jokowi.

Sejurus selepas majlis pembukaan, Perdana Menteri menyampaikan kenyataan negara pada sesi plenari ketua negara ASEAN.

Selepas itu, Perdana Menteri dijangka  hadir ke beberapa Sidang Kemuncak Berkaitan termasuk Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN dengan Wakil ASEAN Inter-Parliamentary (AIPA), Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN bersama Wakil Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) dan Sesi Bersemuka Pemimpin ASEAN bersama Wakil Belia ASEAN.

Perdana Menteri juga dijangka mengadakan Mesyuarat Dua Hala dengan Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmão dan Lawrence.

Pada sebelah malam, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Makan Malam anjuran Duta Besar Malaysia ke Laos, Edi Irwan Mahmud di Rumah Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya