PETALING JAYA: Syarikat Perodua sedang merancang mengeluarkan kenderaan elektrik (EV) berharga di bawah RM100,000 bagi memenuhi permintaan rakyat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,, kerangka insentif cukai EV sedia ada telah distruktur supaya selari dengan hasrat untuk menggalakkan peralihan kepada EV pemasangan tempatan (CKD).
“Pada masa ini, syarikat Perodua sedang merancang mengeluarkan EV berharga di bawah RM100,000.
“Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik CKD sehingga RM2,400 ringgit akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta,” katanya. – UTUSAN