Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja - Ahmad Zahid

Permohonan maaf Najib harus diterima oleh sesiapa sahaja – Ahmad Zahid

AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO menyifatkan permohonan maaf dibuat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak harus diterima oleh sesiapa sahaja.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, seseorang pemimpin yang baik harus menerima permohonan maaf itu.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO berpendirian bahawa Najib telah dipengaruhi salah oleh seseorang atau sekumpulan individu.

“Perkara (permohonan maaf) ini harus diambil satu keprihatinan dan kita  jangan terus prasangka dan lemparkan pelbagai taksiran tentang perkara itu.

“Kenyataan (permohonan maaf) itu dikeluarkan selepas keterangan saksi-saksi dimahkamah dan hanya disedari Najib selepas saksi berkenaan memberi keterangan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Gig Malaysia MADANI di sini, hari ini.

Sebelum ini, Najib membuat permohonan maaf berhubung salah laku dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibacakan oleh anaknya Datuk Mohamad Nizar.

Dalam kenyataan itu, Najib menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low dan eksekutif Petrosaudi.

Permohonan maaf Najib itu datang beberapa hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada beliau perlu membela diri dalam kes rasuah 1MDB yang bermula lima tahun lalu.

Menurut kenyataan itu, Najib memberitahu beliau berasa amat terluka mengetahui segala kecurangan berlaku dalam 1MDB ketika berada bawah pengawasan beliau sebagai Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ketika itu.

Malah, sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menerima permohonan maaf Najib itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya