Perlis ada potensi hab halal logistik antarabangsa

Perlis ada potensi hab halal logistik antarabangsa

RASHDAN RUSMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis berpontensi menjadi hab halal logistik antarabangsa selepas Projek Pelabuhan Darat Perlis (PIP) dan Projek Pelabuhan Sanglang (SIJ) selesai dilaksanakan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Besar, Rushdan Rusmi berkata, buat masa ini, fasiliti sempadan di Padang Besar dan infrasturktur logistik di kawasan itu perlu ditambah baik terlebih dahulu dalam merealisasikan hasrat berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya juga sebelum ini telah mengadakan pertemuan bersama pemain industri halal dan barisan penyelidik dari Thailand bagi membincangkan secara terperinci mengenai cadangan tersebut.

“Perlis Halal Park Padang Besar dilihat boleh dinaik taraf dan dijenamakan semula untuk memfokuskan kepada sebahagian usaha Hab Halal Logistik Antarabangsa ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin telah mengadakan lawatan ke Yala, Pattani dan Narathiwat bagi tujuan mempromosi makanan halal di selatan negara itu.

Katanya, perkembangan tersebut merupakan satu cabaran buat Malaysia dan akan menjadi tarikan pelancong untuk ke Thailand.

“Namun, persaingan itu kadangkala boleh menjadi peluang maka kita perlu mengambil kesempatan untuk bekerjasama terutama di sempadan negara. Kita perlu memanfaat populasi ASEAN yang mencecah 700 juta penduduk,” katanya.

Mengulas kesesakan di pintu sempadan setiap kali cuti persekolahan, Rushdan berkata, Kerajaan Persekutuan sebelum ini telah meluluskan peruntukan bagi menaiktaraf infrastruktur di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian.

Katanya, bagi mengukuhkan potensi kerjasama sempadan, beliau juga telah mewujudkan Gabungan Ahli Parlimen Sempadan Malaysia-Thailand terdiri daripada lapan Ahli Parlimen di negara ini.

“Ahli Parlimen terlibat adalah Ahli Parlimen (MP) Kubang Pasu, Padang Terap, Gerik, Pengkalan Hulu, Rantau Panjang, Jeli, Pasir Mas dan Tumpat.

“Perbincangan kami bukan sahaja menjurus kepada pembangunan ekonomi Perlis malah turut melibatkan negeri-negeri sempadan lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya