'Perkembangan pendidikan anak-anak GISBH sangat baik'

‘Perkembangan pendidikan anak-anak GISBH sangat baik’

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan, perkembangan pendidikan anak-anak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang diselamatkan tempoh hari ketika ini sangat baik.

Katanya, anak-anak tersebut yang rata-ratanya masih di bangku sekolah telah memulakan kelas pengajian serta pendidikan sejak 1 Oktober lalu.

Pada masa yang sama katanya, ada dalam kalangan kanak-kanak tersebut sedang mengikuti sesi pendidikan dengan kaunselor-kaunselor Kementerian Pendidikan (KPM).

“Saya dan Ketua Pengarah (Pendidikan) serta Ketua Setiausaha KPM telah melawat lokasi anak-anak ini ditempatkan dan Alhamdulillah, kita melihat perkembangan pendidikan mereka sangat baik.

“Mereka sedang menjalani semua proses pembelajaran dan modul-modul yang kita gunakan ketika ini. Ini bagi memastikan mereka dapat mengikuti pendidikan secara langsung dan secara formal,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 yang dihadiri oleh 674 pengetua di seluruh negara di Bertam di sini, hari ini.

Terdahulu, polis berjaya menyelamatkan seramai 402 kanak-kanak daripada rumah amal berkaitan dengan GISBH melalui Op Global yang dilaksanakan di beberapa negeri di seluruh negara.

Pada 23 September lalu pula, media melaporkan, KPM akan mengambil alih aspek pendidikan bagi lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan menerusi Op Global mulai 1 Oktober.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya