Perhilitan pasang kamera jejak harimau kumbang

Perhilitan pasang kamera jejak harimau kumbang

DUA anggota Perhilitan memasang kamera berdekatan tempat kejadian enam ekor kambing dipercayai dibaham harimau kumbang bagi mengenal pasti spesies haiwan terlibat di Kampung Bukit Tampoi, Alor Gajah, Melaka. UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka telah memasang kamera bagi mengenal pasti spesies haiwan yang menyebabkan enam ekor kambing ditemukan mati di sebuah kandang milik seorang penternak di Kampung Bukit Tampoi, Alor Gajah, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Petra Sulai berkata, dakwaan penternak Ab. Razak Ab. Rahim bahawa kambing peliharaannya dibaham dipercayai oleh harimau kumbang itu tidak disertakan bukti.

Menurut beliau, hasil siasatan awal anggota Perhilitan di tempat kejadian tidak menemukan sebarang kesan tapak kaki haiwan liar itu di sekitar kandang milik penternak itu.

Selain itu katanya, pihaknya juga mendapati tiada hutan simpan berhampiran kampung berkenaan yang menjadi habitat haiwan itu.

“Bagi kami pasang kamera dulu bagi mengenal pasti sama benar atau tidak harimau kumbang seperti didakwa membaham enam ekor kambing Sabtu lalu.

“Selepas mengenal pasti spesies haiwan yang terlibat barulah tindakan lanjut akan dijalankan pihak jabatan,” katanya hari ini.

Akhbar semalam melaporkan enam ekor kambing milik seorang penternak mati selepas dipercayai  dibaham seekor harimau kumbang di sebuah kebun di Bukit Tampoi, di sini.

Mengulas lanjut Petra berkata, anggota Perhilitan akan kerap memantau kamera yang dipasang bagi menjejaki haiwan liar terbabit.

“Kita akan letak kamera itu selama dua minggu atau sebulan dan ia bergantung kepada hasil yang akan kita perolehi,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya