Pergaduhan untuk publisiti bawa kesan buruk - Faizal Ismail - Utusan Malaysia

Pergaduhan untuk publisiti bawa kesan buruk – Faizal Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyampai radio, Faizal Ismail, 48, berpandangan rakan pengacara yang menggunakan pertengkaran mereka untuk meraih publisiti akan berdepan risiko dan impak negatif kepada imej dan kerjaya mereka.

Kata Faizal, selain kecaman, netizen juga akan mempersoalkan tahap profesionalisme  pengacara berpengalaman sekiranya berlaku pergaduhan dalam kalangan pengacara tersebut.

“Pergaduhan yang dirancang untuk publisiti akan menimbulkan risko apabila satu pihak dipandang baik dan pihak lagi satu akan dipandang buruk.

“Netizen tentunya menyebelahi pihak siapa yang mereka mahukan.

“Jadi pada saya risikonya adalah lebih ditanggung hos lama kerana mereka akan menjadi bahan kecaman berbanding hos baru tengah meningkat naik,” katanya.

Faizal berkata demikian selepas sidang media program Borak SeeNI yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalan.

Faizal pada masa yang sama menasihati pengacara dan penyampai agar menunjukkan contoh baik kepada masyarakat.

Katanya, selebriti bertanggungjawab mempamerkan teladan yang baik kepada orang ramai.

“Ramai yang memandang kita sebagai idola terutamanya dalam kalangan orang muda.

“Jangan anggap peranan selebriti itu tidak penting. Jadi saya minta hanya paparkan sesuatu yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Itu sahaja saya minta. Saya tahu semua orang ada sisi tidak baik tetapi janganlah dipamerkan kepada umum,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN