Perdana Menteri rasmi penutupan Program Madani Rakyat di Likas hari ini 

Perdana Menteri rasmi penutupan Program Madani Rakyat di Likas hari ini 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Sabah bagi mengadakan lawatan kerja sehari, hari ini. 

Beliau kemudian  dijadual merasmikan Persidangan Ekonomi Biru Antarabangsa Sabah (SIBEC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) kira-kira pukul 12 tengah hari. 

Kemudian, Perdana Menteri dijadual merasmikan penutupan Program Madani Rakyat (PMR) yang diadakan di pekarangan Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas kira-kira pukul 2.30 petang. 

Sabah adalah negeri pertama yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Biru pada tahun ini dan langkah itu akan membantu mengoptimumkan sumber laut dalam usaha mengembangkan ekonomi negeri dengan  menekankan inklusiviti sosial. 

PMR Sayangi Sabah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 18 hingga 20 Oktober dan ia adalah kesinambungan kepada program Setahun bersama kerajaan Madani yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 8 Disember tahun lalu. 

Penganjuran PMR 2024 Sayangi Sabah akan menawarkan pelbagai aktiviti menarik menerusi pengisian reruai daripada kementerian/jabatan/agensi persekutuan serta kerajaan negeri Sabah; pameran aset agensi kerajaan; karnival kerjaya; sesi libat urus dan aktiviti luar termasuk pertandingan sukan elektronik serta Konsert Sayangi Sabah. 

Selepas penutupan PMR, Perdana Menteri dijadualkan ke  Jakarta, Indonesia bagi mengadakan lawatan kerja seterusnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya