Perceraian diharap hanya gimik, peminat doa Fazura, Fattah kembali rujuk

Perceraian diharap hanya gimik, peminat doa Fazura, Fattah kembali rujuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Semoga dengan lagu ini bertaut kembali jodoh engkau orang berdua.”

Demikian komen netizen sebaik sahaja teaser lagu duet terbaharu bekas pasangan suami isteri Nur Fazura dan Fattah Amin, Bertahan Demi Cinta tular di media sosial.

Peminat berharap lagu tersebut, yang dilancarkan esok, bakal menyatukan semula bekas pasangan suami isteri itu meskipun keduanya sah bercerai talak satu Isnin lepas.

“Semoga ada sinar buat mereka,” tulis netizen.

“Insya-Allah mana tahu masih diberi peluang olehNya…masih dalam idah,” komen seorang lagi netizen.

“Semoga penceraian tu hanyalah gimik. Saya sayang mereka berdua,” kata seorang lagi netizen.

Semalam kecoh di media sosial apabila teaser lagu berkenaan dimuat naik label Indonesia, Hits Records di Instagramnya.

Pengurus Fazura, Iman Tang, menegaskan pihaknya tidak dimaklumkan mengenai penerbitan lagu itu, justeru tidak bersetuju sekiranya ia dikeluarkan.

“Lagu itu dirakamkan sudah lama dengan sebuah label Indonesia, Hits Records, tapi pihak mereka tidak terbitkan. Tiba-tiba hari ini keluar berita mengatakan lagu itu akan dikeluarkan.

“Saya sempat tanyakan kepada Fazura, dia juga tidak dimaklumkan mengenai perkara itu. Tahu-tahu lagu sudah mahu keluar.

“Sudah tentu Fazura tidak bersetuju, tiada siapa setuju,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN