Perak sedia rumah mampu milik untuk anggota badan beruniform 

Perak sedia rumah mampu milik untuk anggota badan beruniform 

SAARANI Mohamad (enam dari kiri) bersama penerima rumah pada Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira dan Program Baiti Jannati di Taman Perwira Jaya, Batang Padang, Tapah hari ini. - UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Perak membina 596 unit rumah teres mampu milik berharga antara RM149,000 hingga RM160,000 sebuah khusus untuk anggota badan beruniform.

Berkeluasan 1,000 kaki persegi, rumah teres setingkat serba moden itu terletak di Taman Perwira Jaya, lengkap dengan ruang tamu, tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang makan dan dapur.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, 64 peratus kediaman tersebut khusus untuk penjawat awam beruniform tidak terhad kepada tentera dan polis tetapi juga anggota bomba dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Sementara itu, 36 peratus lagi kepada bekas anggota dan penjawat awam. Projek ini adalah inisiatif kedua daripada tiga projek khas untuk anggota perwira yang diselaras oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP).

“LPHP bekerjasama dengan Lagenda Properties Berhad bagi membangunkan Projek Taman Perwira Jaya di Daerah Batang Padang. Pembangunan ini melibatkan kawasan seluas 50 ekar dengan kos berjumlah RM93 juta,” katanya pada Majlis Penyerahan Kunci Program Khas Perumahan Perwira dan Program Baiti Jannati di Taman Perwira Jaya, Batang Padang di sini, hari ini.

Kata Saarani lagi, fasa kedua projek itu akan melibatkan pembinaan unit-unit kedai untuk menyokong komuniti setempat. 

“Inisiatif ini bertujuan membantu anggota badan beruniform memiliki kediaman yang selesa dan mampu milik sebagai penghargaan atas jasa mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya