Perak hadapi lambakan unit hartanah tidak terjual - Utusan Malaysia

Perak hadapi lambakan unit hartanah tidak terjual

SAARANI Mohamad melawat pameran pada majlis perasmian Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak berdepan situasi lambakan unit hartanah termasuk perumahan apabila sebanyak 4,161 unit hartanah masih belum terjual di negeri itu pada suku kedua tahun ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mahu para pemaju melaksanakan perancangan teliti kajian pasaran supaya harga dan jenis kediaman yang ditawarkan menepati kehendak serta kemampuan pembeli.

Jelasnya, kerajaan negeri sentiasa memantau situasi pasaran hartanah melalui Laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC).

Tambahnya, setakat tahun 2023, terdapat 4,598 unit hartanah tidak terjual di negeri itu dan menurun kepada 4,588 unit pada suku pertama 2024.

“Walaupun terdapat tanda-tanda pemulihan, saya menyeru kepada para pemaju agar terus melaksanakan perancangan dengan teliti. Kajian pasaran yang menyeluruh perlu dijalankan bagi memastikan harga dan jenis kediaman yang ditawarkan menepati kehendak pasaran serta kemampuan pembeli.

“Dengan ini, kita dapat mengelakkan lambakan hartanah yang tidak terjual, yang boleh memberi kesan kepada aliran tunai pemaju,” katanya semasa merasmikan penganjuran Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) Perak 2024 di sini hari ini.

Disebalik itu, beliau tetap optimis terhadap sektor hartanah di Perak dan melihat keperluan mendesak permintaan rumah ekoran pembangunan industri di beberapa kawasan seperti Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) dan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim.

Dalam pada itu, Saarani berkata, keutamaan kerajaan negeri melalui Pelan Perak Sejahtera 2030 adalah mahu menyediakan perumahan mampu milik buat golongan berpendapatan rendah.

Jelasnya, kerajaan negeri pada awal tahun ini sudah menaikkan had kelayakan pendapatan bagi pembeli rumah kos rendah, daripada RM3,860 kepada RM5,000 sebulan.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan untuk membina 57,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2030. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya