Perak FC tingkat kawalan keselamatan di Stadium Perak - Utusan Malaysia

Perak FC tingkat kawalan keselamatan di Stadium Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC akan meningkatkan kawalan keselamatan semasa perlawanan Liga Super antara pasukan itu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Perak pada Sabtu ini.

Pengurus besar Perak FC, Neow Choo Seong berkata, langkah itu bertujuan menjaga keselamatan penonton yang menyaksikan perlawanan itu.

Menurutnya, seramai 500 pegawai dan anggota polis semua cawangan, 180 pegawai dan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 61 marshall akan bertugas pada perlawanan tersebut.

Beliau berharap penyokong kedua-dua pihak menjaga tingkah laku bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan baik dari mula hingga akhir.

“Saya berharap penyokong kedua-dua pasukan menjaga tingkah laku dan  tidak mencetus kekecohan. ⁠PFC mengalu-alukan kehadiran penyokong pasukan pelawat.

“Marilah kita tonton perlawanan bola sepak dengan penuh semangat kesukanan dan beradab. Tunjukkan ketamadunan Bangsa Perak,” katanya.

Beliau berterima kasih kepada anggota pasukan keselamatan yang bertugas meningkatkan kawalan pada hari perlawanan itu nanti.

⁠Katanya, perlawanan Sabtu ini adalah ulangan perlawanan yang ditangguhkan pada minit ketiga 17 Ogos lalu akibat hujan dan keadaan padang tidak mengizinkan.

“Saya berharap penyokong Perak akan hadir beramai-ramai memandangkan ini perlawanan terakhir Perak di tempat sendiri.

“Ini kerana Stadium Perak akan ditutup selepas ini hingga Mei tahun 2025 untuk kerja-kerja memperbaiki permukaan gelanggang,” katanya.

Sementara itu, katanya pemegang tiket perlawanan yang dibatalkan pada 17 Ogos lalu boleh membuat tuntutan di kaunter tiket Perak FC. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya