Perak FC perlu lebih berhati-hati berdepan Terengganu - Utusan Malaysia

Perak FC perlu lebih berhati-hati berdepan Terengganu

YUSRI CHE LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC perlu lebih berhati-hati dalam setiap tindakan apabila melayani kunjungan Terengganu FC (TFC) dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) petang esok.

Bagi Ketua Jurulatih Perak FC, Mohd Yusri Che Lah, Terengganu kini ibarat bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa kerana sudah tidak menang lima perlawanan yang diharungi.

“TFC memang merbahaya. Mereka ibarat bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Perlawanan esok pasti sukar ” katanya.

Yusri mengingatkan para pemain tentang lawan mereka yang mempunyai pemain-pemain berkualiti.

Menurutnya, justeru  pemain Perak tidak boleh leka dan perlu sentiasa fokus setiap masa.

Jurulatih itu juga mahu anak buah melupakan kekalahan 2-4 kepada Sabah pada perlawanan minggu lalu.

“Yang lalu biarkan berlalu. Pemain perlu belajar daripada kesilapan dan yang penting tidak mengulanginya. Perak FC perlu bangkit pada perlawanan esok.

“Saya yakin dapat menurunkan kesebelasan terbaik untuk menghadapi cabaran skuad Penyu,” katanya.

Terengganu memegang rekod bersih apabila menumpaskan Perak dalam empat pertemuan terakhir termasuk ketika menewaskan lawan 2-1 dalam saingan Piala FA musim ini.

Skuad Penyu membaham pasukan Yob 3-1 dalam perlawanan pembukaan musim ini di Gong Badak. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya