Perak FC perlu buat 'kerja rumah' elak ulang kesilapan - Utusan Malaysia

Perak FC perlu buat ‘kerja rumah’ elak ulang kesilapan

PEMAIN Perak, Luka Milunovic (kanan) diasak pemain Terengganu FC, Nelson Wilfredo Bonilla Sanchez pada perlawanan Liga Super di Stadium Manjung semalam. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Perak perlu melakukan banyak ‘kerja rumah’ jika tidak mahu dua kesilapan di minit terakhir dalam dua perlawanan terakhirnya, berulang seperti ketika menentang Terengganu semalam.

Pengendalinya, Yusri Che Lah, menyifatkan pertembungan dengan Terengganu petang semalam ibarat mengulangi skrip sama ketika pertemuan dengan Sabah minggu lalu.

“Kami sangat hampir untuk mendapatkan tiga mata, tetapi sekali lagi dihukum dengan satu lagi kelalaian di minit terakhir, iaitu tiga minit terakhir.

“Mungkin pemain lupa sekarang ada VAR (video pembantu pengadil) kita perlu buat kerja rumah yang terlalu banyak,” katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan semalam.

Menurut Yusri, antara perkara yang perlu diberi tumpuan ialah memperkemas lagi fokus pemain sehingga wisel penamat.

Beliau bagaimanapun memuji pemain kerana berjaya mengekang asakan skuad Sang Penyu kerana di atas kertas, pasukan lawan jauh lebih baik berbanding pasukan Bos Gaurus.

Justeru, baginya, walaupun keputusan seri mungkin tidak digemari, mendapatkan satu mata nyata lebih baik berbanding menerima kekalahan kedua berturut-turut.

“Oleh sebabkan itu, kami agak tertekan sentiasa dalam keadaan tertekan (dengan asakan Terengganu).

“Ahamdulillah, tekanan-tekanan itu kami mampu melaluinya, dan kalau dilihat dua jaringan itu sebenarnya kita anggap sebagai sedekah,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengendali Terengganu, Badrul Afzan Razali, berpuas hati dapat mengutip satu mata penting di tempat lawan.

Beliau bagaimanapun menyifatkan kelekaan serta tidak fokus dalam permainan menyebabkan pasukan itu melakukan kesilapan yang menghadiahkan dua penalti kepada pasukan tuan rumah.

Jelasnya, banyak kesilapan mudah dilakukan yang mungkin berpunca daripada terlalu menginginkan kemenangan sehingga terlupa memberi perhatian di bahagian pertahanan dan gawang gol.

Beliau juga mengharapkan sokongan berterusan daripada penyokong untuk menaikkan semangat pemain dalam perlawanan seterusnya.

“Berilah peluang kepada saya dan pemain-pemain untuk membuktikan (kemampuan mencipta kemenangan) pada perlawanan akan datang,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya