Perak FC minta sokongan 'Ultras' - Utusan Malaysia

Perak FC minta sokongan ‘Ultras’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC meminta kumpulan penyokong ‘Ultras’ hadir ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan tuan rumah apabila menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan Liga Super di sini malam esok.

Gesaan itu dibuat oleh Pengurus Besar Perak FC, Neow Choo Seong apabila Perak FC bertemu pasukan terkuat negara di Stadium Perak.

Menurutnya, Perak FC memerlukan sokongan padu daripada penyokong.

“Perak FC tidak mahu menjadi mangsa belasahan JDT. Jikapun kalah biarlah dengan cara melawan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Choo Seong berkata, prestasi Perak juga sedang meningkat yang menyaksikan pasukan Kejor Yob Kejor meraih tiga kemenangan berturut-turut.

“Perak FC dalam proses membangun dan mahu penyokong terutama ‘Ultras’ menjadi sebahagian daripada proses tersebut,” katanya.

Choo Seong juga meminta penyokong mengawal disiplin dan tidak terbabit dalam sebarang insiden tidak diingini semasa menyaksikan perlawanan esok.

Jelasnya, sebagai tuan rumah, penyokong Perak FC perlu menjaga jati diri dan semangat kesukanan.

“Tunjukkan semangat tinggi selaku anak Perak. Bangsa Perak memang terkenal dengan budi bahasa dan pekerti mulia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya