Penyunting video maut kemalangan motosikal

Penyunting video maut kemalangan motosikal

KEADAAN motosikal ditunggang penyunting video yang terbabas di Lebuh Raya MEX pagi tadi. - ihsan PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penyunting video di sebuah syarikat televisyen berbayar maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 8.5 Lebuhraya Maju Ekspres (MEX), dekat sini,  hari ini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.46 pagi berkenaan, motosikal ditunggang mangsa berusia 36 tahun itu dipercayai terbabas sendiri akibat jalan licin ketika hujan lebat. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, kemalangan itu mengakibatkan mangsa terjatuh dan terkena pada tiang penghadang besi.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Proses bedah siasat dilakukan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HUKM),” katanya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya