Penyeludupan lembu, kambing jejas industri ternakan negara

Penyeludupan lembu, kambing jejas industri ternakan negara

MOHAMAD Sabu (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan BSKT kepada pesawah pada Majlis Penyampaian BSKT Kepada Pesawah Fasa 1 dan TBTP di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan hari ini. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bimbang kegiatan penyeludupan lembu dan kambing di sempadan boleh menjejaskan industri ternakan negara jika tidak dibendung segera.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, aktiviti itu boleh menyebabkan ada dalam kalangan penternak tempatan menarik diri daripada bidang berkenaan.

“Hal ini kerana lembu serta kambing yang diseludup masuk ke negara ini dijual dengan kadar jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

“Haiwan ternakan yang diseludup masuk dijual pada harga RM300 seekor sebagai contoh kambing. Harga minimum di pasaran tempatan iaitu RM500 seekor (kambing),” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyampaian Bantuan Khas Sumbangan Tunai (BSKT) Kepada Pesawah Fasa 1 dan Tabung Bencana Tanaman Padi (TBTP) di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Mohamad memberitahu, pada masa sama kegiatan penyeludupan ini turut membawa ancaman kepada kesihatan rakyat.

Katanya, hal ini kerana haiwan ternakan yang dibawa masuk secara haram tidak melalui saringan kesihatan sebelum melintasi sempadan negara.

Dalam perkembangan lain, Mohamad memberitahu isu beras akan sentiasa berlarutan tetapi apa yang perlu rakyat tahu adalah bekalan beras tempatan dijamin ada dalam pasaran dengan kadar harga terkawal.

“Sejak awal kemerdekaan sehingga kini isu beras tidak pernah habis dan orang yang cakap ia dapat selesai pada 2030 dan sebagainya hanya cakap kosong. Sebab kita tidak tahu apa bakal berlaku pada masa hadapan terutama jika Kelantan dan Kedah dilanda banjir besar serentak.

“Cuma pada masa kini kita jamin beras tempatan ada dan rakyat tidak perlu bimbang. Harga tak naik dan tak turun tetapi ia ada. Itu tugas kita, menjamin bekalan beras tempatan ada,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya