Penyeludup lari tinggal lembu RM130,000

Penyeludup lari tinggal lembu RM130,000

SEBAHAGIAN lembu yang dirampas anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam serbuan di tebing Sungai Golok, Tanah Merah, Kelantan semalam. – IHSAN ATM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Dua penyeludup tidak sempat mengaut keuntungan hasil jualan 26 ekor lembu bernilai RM130,000 selepas diserbu anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di tebing Sungai Golok, di sini semalam.

Serbuan pukul 1.15 pagi itu dilakukan sepasukan anggota TDM itu dilakukan menerusi rondaan rutin di Kawasan Tanggungjawab Briged Kelapan Infantri Malaysia (KTJ 8 Bgd) di sini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (Dua Divisyen) dalam satu kenyataan memaklumkan, semasa melakukan rondaan, anggota bertugas mengesan dua lelaki sedang membawa masuk lembu dari Thailand secara tidak sah menggunakan pangkalan haram dengan merentasi Sungai Golok.

Katanya, sejurus selepas me­nyedari kehadiran anggota bertugas, kedua-dua suspek melarikan diri ke negara jiran.

“Pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan 26 ekor lembu bernilai RM130,000 yang ditinggalkan penyeludup ber­kenaan.

“Satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan dibuat di Balai Polis Nibong di sini untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurut kenyataan itu, ke­semua lembu tersebut diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya