Penyelia tapak pembinaan ditipu RM118,800 - Utusan Malaysia

Penyelia tapak pembinaan ditipu RM118,800

AZLI MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penyelia tapak pembinaan di daerah ini mengalami kerugian RM118,800 setelah tertipu dengan tawaran pelaburan tidak wujud sejak April lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, mangsa ditawarkan pelaburan itu di aplikasi ATS Pro melalui Whatsapp oleh suspek tidak dikenali.

Jelas beliau, lelaki berusia 39 tahun itu menjadi berminat setelah memerhatikan perbualan dan maklumat keuntungan yang diperolehi ahli kumpulan Whatsapp berkenaan.

Menurutnya, setelah berhubung dengan suspek di WhatsApp, mangsa dijanjikan keuntungan lima sehingga sembilan peratus daripada modal RM5,000 dalam masa tiga sehingga lima hari.

“Pada peringkat awal, mangsa diberikan tutorial secara atas talian tanpa bersemuka oleh seorang lelaki kononnya sebagai mentor selama lima hari seminggu untuk beberapa bulan.

“Mangsa kemudian melakukan 12 transaksi pemindahan wang yang merupakan wang simpanannya sehingga mencecah RM118,800 ke dalam dua akaun bank berbeza disyaki milik suspek,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Azli memberitahu, selepas itu mangsa cuba mengeluarkan wang keuntungan RM2,000, namun gagal sebelum menghubungi khidmat pelanggan aplikasi ATS Pro untuk mendapatkan penjelasan

Katanya, mangsa telah diminta membayar hampir RM425,000 lagi untuk meraih keuntungan lebih RM1.15 juta menyebabkan mangsa berasakan telah tertipu.

Azli berkata, mangsa telah membuat laporan polis, semalam, dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya