Penutupan jalan di Kuala Kangsar sempena Larian Hari Keputeraan Sultan Perak - Utusan Malaysia

Penutupan jalan di Kuala Kangsar sempena Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

tahanan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Dijangka 20,000 pengunjung termasuk 12,000 peserta terlibat dalam Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2024 yang akan berlangsung di sini pada 10 November depan.

Bagi menjayakan program tersebut, Polis Daerah Kuala Kangsar mengumumkan beberapa penutupan dan lencongan jalan di bandar ini untuk kemudahan orang ramai serta melancarkan acara.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ACP Heisham Harun berkata, tiga jalan akan ditutup seawal 12.01 pagi pada 10 November sehingga 12.00 tengahari, manakala tujuh lagi ditutup bermula pukul 6.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Katanya, tiga jalan yang ditutup 12.01 tengah malam pagi Ahad itu ialah Jalan Tun Razak, Jalan Kolej Melayu dan Persiaran Bendahara.

Tujuh lagi jalan yang ditutup pukul 6.30 pagi ialah Jalan Raja Idris, Jalan Daeng Selili, Raja Jalan Chulan, Jalan Sultan Nazrin Shah (Jalan Taiping), Jalan Bukit Chandan, Jalan Bendahara dan Jalan Kangsar.

“Kita turut akan menempatkan lebih 200 anggota bagi tujuan kawalan keselamatan dan aliran trafik,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Larian tersebut diadakan sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tahun. Pada tahun lalu, larian diadakan di Taiping dengan menarik lebih 9,000 peserta.

Antara lencongan utama yang akan dibuat pada hari kejadian ialah bagi kenderaan melalui Jalan Ipoh-Butterworth sama ada menuju ke Taiping atau Sungai Siput, dengan dilencongkan ke Jalan Kuala Kangsar Jamuan Kati bermula pukul 6.30 pagi.

Dalam pada itu, Heisham berkata, terdapat 17 kawasan tempat parkir kenderaan disediakan bagi memudahkan orang ramai dengan kapasiti lebih 1,600 ruang.

Katanya, antara lokasi parkir ialah di Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Pejabat Pendidikan Daerah, kawasan Bukit Kerajaan, parkir Stesen KTM Kuala Kangsar (Bas), Dewan Jubli, perkarangan Masjid Ridzwaniah dan Kelab Idris.

“Pihak polis menasihati orang ramai supaya menggunakan laluan lain sebagai jalan alternatif dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan. Pengguna yang hendak melalui jalan-jalan berkenaan juga dinasihatkan agar merancang perjalanan bagi mengelak sebarang kesulitan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh merujuk laman media sosial Polis Daerah Kuala Kangsar untuk mendapatkan maklumat berhubung aturan trafik tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya