Penunggang motosikal maut selepas rempuh kerbau

Penunggang motosikal maut selepas rempuh kerbau

LOKASI kejadian seorang penunggang motosikal maut selepas merempuh kerbau di Kilometer 5, Jalan Tampin-Kuala Pilah, Tampin malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh seekor kerbau dalam kejadian di Kilometer 5, Jalan Tampin-Kuala Pilah di sini, kira-kira pukul 8 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, nahas berhampiran Kampung Sri Repah itu melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang oleh seorang lelaki berusia 20 tahun.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku semasa penunggang motosikal terbabit dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Berambai, Johol ke tempat kerja di sebuah kilang di Melaka.

“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba seekor binatang dipercayai kerbau berada di laluan penunggang motosikal dan penunggang motosikal tidak sempat mengelak terus melanggar kerbau tersebut. 

“Bagaimanapun kerbau tersebut tiada semasa pihak polis tiba di tempat kemalangan. Akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Amiruddien lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tampin bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan masih diteruskan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya