Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut badan putus tiga - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut badan putus tiga

ANGGOTA polis mengangkat mayat Mohd. Rafee Mohd. Saari yang terputus tiga dalam kemalangan di Kilometer 322.8, LPT2, berhampiran Kerteh, Kemaman, malam tadi. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas badannya terputus tiga dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 322.8 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini, malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 7 malam, Mohd. Rafee Mohd. Saari, 54, yang berasal dari Gombak, Kuala Lumpur meninggal dunia di lokasi kejadian berikutan kecederaan parah selepas badannya terputus tiga dari pinggang ke bawah.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, difahamkan ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis BMW RT sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu bersama dua lagi rakannya untuk urusan kerja.

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa telah hilang kawalan dan merempuh besi penghadang kiri lebuh raya.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak dan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya