Penunggang maut motosikal rempuh Pajero keluar simpang - Utusan Malaysia

Penunggang maut motosikal rempuh Pajero keluar simpang

KEADAAN motosikal yang terlibat kemalangan menyebabkan penunggangnya maut di Jalan Tambun, Ipoh hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Jalan Tambun, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kamalangan sekitar pukul 9 pagi itu membabitkan mangsa berusia 25 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda CBR dengan kenderaan jenis Mitsubishi Pajero.

Katanya, kejadian berlaku apabila Pajero dipandu lelaki berusia 77 tahun yang datang dari arah Kampung Baru Tambun itu keluar dari simpang secara tiba-tiba menyebabkan motosikal mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh bahagian kanan kenderaan itu.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Tanjung Rambutan menuju ke pekan Ipoh. Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah pada dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu warga emas dan seorang penumpang selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat dan siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Faiz Abdul Khalim di talian
018-3728477. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya