Penunggang basikal maut dirempuh kereta - Utusan Malaysia

Penunggang basikal maut dirempuh kereta

KEADAAN basikal mangsa yang dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Keledang, Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang penunggang basikal maut dipercayai akibat dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan di Jalan Keledang, di sini pagi semalam.

Mangsa, Mohd. Azami Md. Jarik, 67, yang beralamat di Kuala Pegang, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Azmi Mokhtar berkata, kejadian berlaku pada pukul 9.50 pagi ketika mangsa sedang menunggang basikal seorang diri dari arah Keledang menghala ke rumahnya, manakala kereta jenis Toyota Avanza juga dari arah sama.

“Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta terbabit yang datang dari arah belakang telah melanggar bahagian tayar belakang basikal mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, akibat pelanggaran itu, mangsa telah melambung dan jatuh di kawasan semak, sementara pemandu kereta bersama suami dan dua anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu kereta yang gagal mengawal kenderaan sehingga melanggar belakang basikal mangsa.

“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk dibedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya