Penumpang warga asing pukul pemandu Grab

Penumpang warga asing pukul pemandu Grab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sepasang penumpang warga asing memukul pemandu Grab yang dipesan mereka berdua di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 6 Oktober 2024.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pemandu tersebut mengambil dua orang penumpang itu iaitu satu lelaki dan seorang wanita pukul 12.40 tengah malam dan menghantar mereka ke sebuah kondominium di Kampung Cheras Baru.

“Semasa dalam perjalanan, penumpang lelaki itu dikatakan telah termuntah di dalam kereta dan pemandu tersebut telah menegurnya.

“Tiba sahaja tempat yang dituju, kedua-dua penumpang tersebut dikatakan telah menolak pemandu berusia 50 tahun itu sehingga terjatuh dan menumbuk di bahagian mulutnya sehingga menyebabkan luka di bahagian siku tangan kiri dan lebam bahagian tapak tangan,” katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Mohd. Azam, mereka berdua juga disyaki telah merosakkan cermin sisi sebelah kiri dan menendang pintu belakang kanan kereta tersebut yang dipandu pemandu berkenaan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat tangkapan kedua-dua penumpang warga asing yang masing-masing berusia 30 dan 40 tahun tersebut pada 7 September lalu, pukul 11 pagi di sebuah kondominium Cheras Baru untuk siasatan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dijalankan dapati negatif dadah. Permohonan tahanan reman di Majistret Mahkamah Ampang telah dipohon dan dibenarkan selama 4 hari bermula 8 Oktober sehingga 11 Oktober 2024,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, hendaklah diseksa selama tempoh yang boleh sampai setahun atau dengan denda yang boleh sampai dua ribu ringgit atau dengan kedua-duanya 

“Bagi kesalahan melakukan khianat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan hendaklah diseksa dengan penjara tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya