Penting kerajaan melabur dalam pertahanan

Penting kerajaan melabur dalam pertahanan

MOHAMED KHALED (tengah) ketika tiba dalam majlis perasmian Hari ATM Bersama Media semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTING: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, adalah penting bagi kerajaan membuat pelaburan dalam sektor pertahanan negara bagi memastikan keselamatan rakyat dan keamanan sentiasa menjadi keutamaan.

Mohamed Khaled berkata, justeru tidak timbul sebarang persoalan tentang peruntukan yang diterima Kementerian Pertahanan dalam Belanjawan 2025 yang diumumkan Perdana Menteri pada 18 Oktober lalu.

Katanya, ini kerana pelaburan yang melibatkan peruntukan besar dalam aspek pertahanan, adalah demi memastikan kesiapsiagaan kesemua cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap tertinggi.

“Kita mesti berbuat demikian untuk memastikan ketersediaan kita kekal pada tahap tertinggi dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan dan menjaga tanah air kita dari sebarang bentuk ancaman.

“Walaupun negara berada dalam keadaan aman, namun kita perlu mengeluarkan peruntukan yang besar kepada sektor pertahanan kerana ia juga memerlukan kos,” katanya dalam ucapan Hari Bersama Media (HBM) 2024 oleh Kementerian Pertahanan dan 50 pengamal media di Jugra, Banting, semalam.

Beliau dalam masa yang sama menyatakan kesyukuran kerana negara masih terus mengutamakan sektor pertahanan demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

Mengulas HBM 2024, Mohamed Khaled berkata, program berkenaan penting untuk menonjolkan keupayaan semua cabang dalan ATM.

Pada HBM 2024, 50 pengamal media daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta berpeluang merasai pengalaman sebagai seorang anggota Pasukan Khas Udara (Paskau) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Mohamed Khaled berkata, kementeriannya mahu media memberikan gambaran lebih jelas tentang kesediaan dan keupayaan aset-aset ATM khususnya TUDM.

“Program ini dapat memberikan pihak media yang menjadi pengantara kepada masyarakat menyaksikan dan mengalami sendiri cabaran sebenar yang mereka hadapi dalam dunia pertahanan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya