Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara RM250

Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara RM250

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  bantuan khas turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

“Bantuan ini akan disalurkan pada Februari 2025,” katanya ketika pembentangan Belanjawan 2025 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, kerajaan mengumumkan beberapa peruntukan termasuk menyediakan lebih RM1.8 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam.

Menurut Anwar yang juga Perdana Menteri, ia membabitkan kuarters termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.

“Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) akan memperkenal Skim Pembiayaan Perumahan Muda untuk penjawat awam muda memohon pembiayaan perumahan sehingga 40 tahun,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN