Penjaga rumah amal GISBH didakwa esok

Penjaga rumah amal GISBH didakwa esok

GISBH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) akan didakwa di mahkamah esok pagi, atas tuduhan mendera kanak-kanak ketika di bawah jagaan satu daripada sebuah rumah amal yang dikaitkan dengan syarikat itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Menurutnya, kertas siasatan ke atas penjaga rumah amal berusia 35 tahun itu dihantar ke pejabat Peguam Negara hari ini dan menerima arahan untuk pertuduhan.

“Lelaki itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang esok mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Sementara itu, satu jemputan media mengenai pertuduhan ke atas suspek sudah dikeluarkan Bukit Aman hari ini.

Pendakwaan berkenaan akan dilakukan di mahkamah berkenaan pada pada 8.45 pagi esok.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya