Peningkatan peruntukan KPKM 4.1% jamin sektor agromakanan

Peningkatan peruntukan KPKM 4.1% jamin sektor agromakanan

MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SwETALING JAYA: Peningkatan peruntukan sebanyak 4.1 peratus kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi Belanjawan 2025 bagi membantu meningkatkan produktiviti sektor agromakanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, KPKM menerima peruntukan sebanyak RM6.42 bilion berbanding RM6.17 bilion tahun ini dan pihaknya yakin belanjawan tersebut mampu memastikan cabaran sektor agromakanan dapat diatasi.

“Melalui peruntukan diberikan, KPKM akan terus memacu sektor agromakanan selaras dengan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) yang memfokuskan kepada perkembangan sektor agromakanan bagi meningkatkan keterjaminan makanan negara.

“Perkara ini juga melibatkan kelestarian aktiviti pertanian dan pengukuhan infrastruktur pertanian serta menjaga kebajikan golongan sasar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, KPKM juga akan melaksanakan projek rintis perolehan baja termasuk baja organik mengikut kawasan penanaman padi secara tender terbuka untuk meningkatkan hasil padi.

“Peruntukan RM65 juta bagi membangunkan pengairan dan saliran jelapang padi serta meluaskan estet padi FELCRA di Sabah dan Sarawak dan peruntukan RM21 juta untuk menyelesaikan isu tanah jerlus di Kerian Laut, Perak, Kedah dan Perlis.

“Kenaikan kadar siling bantuan bina baharu atau penempatan semula rumah nelayan daripada RM56,000 kepada RM84,000 untuk Semenanjung Malaysia dan daripada RM68,000 kepada RM90,000 untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif akan dilaksanakan kerajaan melalui KPKM antaranya peruntukan sebanyak RM300 juta bagi menjalin kerjasama projek pertanian dengan kerajaan negeri menerusi aktiviti pengeluaran bawang di Perak, ternakan tilapia merah di Pahang dan peningkatan hasil padi di Negeri Sembilan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan insentif RM27 juta kepada penternak dan petani untuk meningkatkan ternakan lembu pedaging, kambing pedaging, kambing tenusu dan bebiri serta pengeluaran bawang tempatan.

Selain itu, KPKM turut menerima peruntukan sebanyak RM65 juta bagi membangunkan pengairan dan saliran jelapang padi serta meluaskan estet padi FELCRA di Sabah dan Sarawak. – UTUSANmohamad dabu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN