Peniaga makanan tak mengaku tawar pelaburan tidak wujud

Peniaga makanan tak mengaku tawar pelaburan tidak wujud

LEONG Lai Peng, 44, didakwa dengan niat curang telah memperdayakan seorang wanita.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pelaburan yang tidak wujud, dua tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Leong Lai Peng, 44, didakwa dengan niat curang telah memperdayakan seorang wanita, Ang Hooi Yong, 38, sehingga mangsa menyerahkan wang sebanyak RM66,000 kepadanya yang mana mangsa tidak akan berbuat demikian jika tidak diperdayakan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran Penang Corner, Kepong Baru di sini di antara 2 Julai 2022 dan 9 Jun 2023.

Wanita itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Syafika Azwa Fikri mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguambela, V. Annamalai yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum atas alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai peniaga mi di medan selera yang dibantu oleh suaminya.

“Jumlah jaminan RM20,000 yang diberikan terlalu tinggi memandangkan ini merupakan kesalahan kali pertama tertuduh,” kata Annamalai.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 beserta seorang penjamin warganegara Malaysia dan menetapkan 6 November ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya