Peniaga dituduh bunuh rakan kongsi

Peniaga dituduh bunuh rakan kongsi

NOORAINI Remali (tengah) yang dituduh membunuh rakan kongsinya dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan membunuh rakan kongsinya pada November tahun lalu.

Tertuduh, Nooraini Remali, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Berdasarkan pertuduhan, TeNooraini Remali, 36, didakwa melakukan kesalahan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Norzihan Abd. Karim, 65.

Nooraini didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan pos pengawal Telekom Malaysia, Batu 23, Kuala Berang, Hulu Terengganu antara pukul 3.20 sehingga 4 pagi pada 1 November 2023.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh di hadapan Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara selama 30 sehingga 40 tahun serta sebat tidak kurang 12 sebatan jika tidak dihukum mati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya