Peniaga diingat tidak naikkan harga barang sesuka hati

Peniaga diingat tidak naikkan harga barang sesuka hati

S. JEGAN (kanan) meneliti harga daging kambing di sebuah pasar raya di Seberang Jaya, Pulau Pinang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang memberi amaran keras kepada semua peniaga agar tidak menaikkan harga barangan kawalan sesuka hati sempena musim perayaan Deepavali.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tindakan undang-undang akan dikenakan kepada peniaga yang ingkar.

“Seramai 137 anggota penguat kuasa dan 62 pegawai pemantau harga telah ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah bagi membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan sempena Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2024.

“Ini penting agar tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan,” katanya selepas mengadakan Walkabout SHMMP Deepavali 2024 Peringkat Negeri Pulau Pinang di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Sebanyak lapan produk disenaraikan menerusi skim berkenaan iaitu daging kambing biri-biri bertulang import, tomato, cili merah, kelapa biji (harga maksimum di peringkat borong sahaja), kelapa parut (harga maksimum di peringkat runcit sahaja), bawang merah kecil (India) termasuk Ros, bawang merah besar import dan kacang dal (Australia) yang berkuat kuasa dari hari ini hingga 3 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya