Pengurus kuil didakwa terima deposit haram lebih RM70,000

Pengurus kuil didakwa terima deposit haram lebih RM70,000

PENGURUS kuil ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus tokong mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menerima deposit haram bagi tujuan pelaburan tidak wujud, antara Januari hingga Mac lalu. 

Mengikut pertuduhan, Sum Lai Yoong, 53, didakwa menerima deposit daripada seorang wanita yang juga pemilik syarikat perniagaan sabun tangan, Heah Sock Mee, 44, berjumlah RM70,589.79 tanpa lesen sah.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah pusat beli belah, Eko Cheras, Taman Mutiara Barat di sini di antara 12 Januari dan 6 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 137 (2) akta sama yang membawa hukuman penjara maksima 10 tahun atau denda tidak melebihi RM50 juta atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R. Harvind mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, peguam, Luqman Zainal yang mewakili Lai Yoong merayu agar kadar itu dikurangkan dengan alasan anak guamnya menyara ibu yang sakit.

“Justeru, saya memohon kepada mahkamah supaya tertuduh diberi ikat jamin pada nilai yang rendah kerana tertuduh perlu menanggung ibunya,” katanya.

Hakim Azrul Darus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan 13 November ini bagi sebutan semula kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya