Pengurangan pekerja TikTok tidak jejas operasi

Pengurangan pekerja TikTok tidak jejas operasi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengurangan jumlah pekerja oleh TikTok tidak akan menjejaskan operasinya di Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, tindakan tersebut juga tidak menjejaskan hubungan kerjasama antara TikTok dengan pihak berkuasa khususnya dalam aspek penelitian dan saringan kandungan termasuk sesi siaran langsung.

Kata beliau, kerajaan dimaklumkan bahawa TikTok Malaysia masih mempunyai jumlah tenaga kerja yang tinggi iaitu sekitar 3,700 orang berdasarkan pertemuan dilakukan dengan syarikat tersebut semalam.

“Malah TikTok akan membuka beberapa jawatan baharu dan menambah jumlah pekerja kerana ada beberapa perkhidmatan baharu yang akan mereka sediakan, termasuk pengkomputeran awan dan pusat data.

“TikTok memaklumkan di mana sahaja mereka beroperasi dan ada pasukan moderation, memang jumlah pekerja dalam jabatan ini berkurangan tetapi tidak mendatangkan apa-apa kesan negatif kepada operasi mereka di Malaysia dan tidak menjejaskan hubungan kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” katanya.

Fahmi berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri esi Program Kesihatan Lembah Pantai bersama IMU Cares di PPR Kerinchi, di sini.

Terdahulu, media melaporkan, TikTok Malaysia yang beroperasi di bawah syarikat induknya, ByteDance Ltd mengesahkan berlaku pemberhentian kakitangan yang terlibat dalam bahagian kandungan, walaupun jumlah sebenar pekerja yang terlibat belum didedahkan.

TikTok menerusi kenyataannya pada Jumaat menjelaskan, langkah tersebut merupakan sebahagian daripada usaha mereka untuk memperkukuh model operasi global kandungan.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, tindakan pemberhentian tersebut dibuat adalah kerana TikTok memperluas penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk melakukan saringan terhadap kandungan dalam platformnya.

“Maka pasukan yang telah mereka kurangkan saiznya dan diberhentikan pekerjanya adalah dalam kalangan pekerja yang membuat moderation secara manual.

“Jadi di sini kita lihat secara umum kerja-kerja yang mungkin bersifat repetitif dan manual, inilah jenis-jenis pekerjaan yang mungkin akan terkesan dengan penggunaan AI,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya