Pengilang didakwa masih tukar beras tempatan ke import

PARLIMEN: Pembangkang dakwa pengilang masih tukar beras tempatan ke import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemimpin pembangkang mendakwa pengilang sehingga hari ini masih menukar kampit beras tempatan kepada import hingga menjejaskan bekalan makanan ruji tersebut di pasaran.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd. Misbahul Munir Masduki berkata, rakyat masih mendapati bekalan beras putih tempatan tiada di pasar raya atau keda-kedai runcit.

Kata beliau, terdapat dakwaan padi dihantar ke kilang pengeluaran pada waktu pagi tetapi bertukar menjadi beras import pada sebelah petangnya.

“Mengapa ini berlaku? Adakah kerajaan memantau kilang-kilang pengeluaran padi seluruh negara bagi mengesan ke mana hilangnya padi-padi tempatan yang pagi dihantar, petangnya jadi beras import.

“Kalau ini berlaku apa tindakan kerajaan yang mesti buat ke atas kilang-kilang padi, kalau tidak berlaku ke mana pergi hilang beras-beras tempatan?” soalnya dalam soalan tambahan pada sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, kekurangan bekalan beras tempatan di pasaran didakwa berlaku antaranya kerana tindakan segelintir pengilang yang cuba memanipulasi harga dengan menukar kampit beras tempatan kepada import.

Tindakan itu didakwa dilakukan susulan peningkatan harga semasa beras dunia sekali gus membolehkan golongan tersebut mengaut keuntungan berlipat ganda memandangkan harga beras import tidak dikawal kerajaan sebaliknya hanya diapungkan sahaja.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, kerajaan akan mewujudkan peraturan baru dalam mengekang kejadian seperti dakwaan berkenaan.

“Itulah sebab kita akan wujudkan peraturan baru. Pertama kita kena siasat dalu, minta bahagian kawalselia padi dan beras  pergi ke kilang-kilang melawat adakah betul bahawa tuduhan itu ada campuran antara beras putih tempatan dan beras import berlaku.

“Sekiranya berlaku kita perlu mewujudkan peraturan baru untuk memastikan bahawa beras putih tempatan itu mesti ada bekalannya bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya