PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini sebenar tadi menolak permohonan semakan hukuman mati yang dikemukakan oleh tujuh pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, 11 tahun lalu.
Tujuh pengganas itu ialah Datu Amirbahar Hushin Kiram, 60; anak saudara Jamalul Kiram yang mengakui dirinya Sultan Sulu; Atik Hussin Abu Bakar, 52; Basad H. Manuel, 49; Virgilio Nemar Patulada, 59; Al Wazir Osman, 68; Tani Lahad Dahi, 70 dan Julham Rashid, 75.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Man yang bersidang bersama-sama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan sebulat suara mengekalkan hukuman mati yang dijatuhi Mahkamah Rayuan sebelum ini.
Pada 8 Jun 2017, Mahkamah Rayuan meminda hukuman penjara sepanjang hayat yang dijatuhi Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu kepada hukuman mati selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang memohon agar hukuman lebih berat dikenakan.
Pada 15 Januari 2018, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati tersebut.
Pada Februari 2013, negara ini digemparkan dengan pengganas Sulu yang menceroboh perairan Sabah secara berperingkat di Felda Sahabat, Lahad Datu.
Pencerobohan itu membawa kepada pertempuran pada 1 Mac 2013 di Kampung Tanduo sehingga menyebabkan 10 wira negara gugur, manakala 68 pengganas Sulu ditumpaskan.
BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL