Pengeluaran minyak sawit mentah meningkat tiga tahun berturut-turut

Pengeluaran minyak sawit mentah meningkat tiga tahun berturut-turut

JABATAN Penerangan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) kekal berdaya saing dan terus menyumbang kepada pendapatan negara apabila meningkat tiga tahun berturut- turut dari  2021 hingga 2023.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, MSM meningkat daripada 18.12 juta tan pada 2021 kepada 18.45 juta tan (2022) dan 18.55 juta tan (2023). 

Selain itu, beliau berkata, pengeluaran buah tandan segar (BTS) juga menunjukkan trend yang meningkat.

“Pada tahun 2021, pengeluaran BTS adalah sebanyak 91.39 juta tan meningkat kepada 94.8 juta tan pada tahun 2022 dan 94.9 juta tan pada tahun 2023. 

“Peningkatan pengeluaran BTS dan MSM ini adalah hasil komitmen kementerian melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan produktiviti bagi memastikan industri sawit kekal berdaya saing dan terus menyumbang kepada keperluan negara,” katanya semasa sesi pertanyaan-pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang bertanyakan langkah strategik kementerian untuk meningkatkan hasil komoditi sawit memandangkan penurunan pengeluaran semasa yang semakin menyusut dikhuatiri meletakkan industri sawit senasib dengan getah yang tidak lagi mampu menampung keperluan negara.

Tambah Foong Hin, Kementerian Perladangan dan Komuniti telah meluluskan kawasan seluas 3,599 hektar untuk tanaman semula sawit di bawah program Tanaman Semula Pekebun Kecil Sawit 2.0 (TSPKS 2.0) setakat Oktober lalu.

“Sebanyak 1,441 hektar tanah untuk tanaman semula sawit di bawah program itu sedang diproses manakala 550 hektar di peringkat dalam perhatian.

“Bagi tahun ini, kita menyasarkan 5,900 hektar untuk tanaman semula sawit.

“Kalau semua (tanaman semula sawit) ini dijalankan tahun ini, kita akan dapat gunakan semua RM100 juta yang diperuntukkan untuk tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya