Pengawal keselamatan maut langgar kerbau melintas di Maran

Pengawal keselamatan maut langgar kerbau melintas di Maran

SEORANG pengawal keselamatan maut selepas terlanggar seekor kerbau dalam kemalangan di Kilometer 29 Jalan Temerloh - Bandar Jengka, Maran, pagi ini. - FOTO/IPD MARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Seorang pengawal keselamatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hosas) Temerloh meninggal dunia akibat terlanggar seekor kerbau dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di Kilometer 29, Jalan Temerloh – Bandar Jengka dekat sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintenden Mohamad Zamri Mohamad Zaber berkata, hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada pukul 6.50 pagi apabila mangsa, Kamarulzaman Ariffin, 54,  menunggang motosikal jenis  Honda NF1004-MA dari Felda Jengka 16 ke tempat kerja di Hosas Temerloh. 

Katanya, setiba di lokasi, seekor kerbau tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan dan mangsa tidak sempat mengelak, terus terlanggar haiwan tersebut. 

“Pada masa sama, datang dua buah motosikal jenis Yamaha 135LC ES dan Yamaha Y15ZR, ditunggang penunggang berusia 15  dan 21 tahun,  melanggar kerbau yang  terbaring di tengah jalan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Zamri, akibat pelanggaran tersebut, Kamarulzaman beralamat di Taman D’Utama, Johor Bahru, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mangsa berusia 15 tahun beralamat di Batu Caves, Selangor, cedera dan mendapat rawatan di Klinik Kesihatan Pekan Awah.

Katanya, seorang lagi mangsa berusia 21 tahun, cedera di kepala dan dikejarkan ke Hosas Temerloh untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku akibat melanggar binatang yang melintas di jalan utama dan kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya