Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut dihempap pokok tumbang

MANGSA meninggal dunia di tempat kejadian setelah dihempap pokok tumbang ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir, Sik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SIK: Seorang pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeniang maut setelah sebatang pokok tumbang menghempapnya ketika menunggang motosikal di Kampung Bandar Hilir, di sini petang tadi.

Mangsa, Mohd. Rizal Aziz, 47, yang tinggal di Kampung Tanjung Besar, Mukim Teloi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintenden Abdull Razak Osman berkata, pokok itu dipercayai menghempap mangsa yang melalui jalan tersebut untuk pulang ke rumah di Jalan Kubur Bandar Hilir selepas tamat bekerja.

“Petang tadi berlaku kejadian ribut bersama hujan lebat di beberapa kawasan termasuk di lokasi kejadian. Angin kencang telah menyebabkan sebatang pokok tumbang dan menghempap mangsa yang menunggang motosikal seorang diri,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.58 petang sebelum sembilan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi mendapati mangsa telah meninggal dunia dan pokok yang tumbang itu telah merentangi jalan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya