Pengawal keselamatan maut dalam kemalangan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Pengawal keselamatan maut dalam kemalangan tiga kenderaan

KEADAAN motosikal yang ditunggangi Muhammad Azroy Muahmad Hairi yang maut dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Labohan, Kerteh, Kemaman, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 109 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Labohan, Kerteh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.05 malam, mangsa Muhammad Azroy Muahmad Hairi, 36, meninggal dunia di lokasi kejadian setelah mengalami kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kemalangan itu melibatkan motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa serta Perodua Myvi dan Honda City.

“Difahamkan, ketika kejadian mangsa
mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke kediamannya di Kampung Batu Putih, Kerteh.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila tiba di lokasi kejadian, kereta Honda City telah melanggar Perodua Myvi dari arah belakang menyebabkan Perodua Myvi itu berpusing dan kemudiannya melanggar motosikal mangsa yang berada di bahu jalan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hanyan berkata, impak rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang berhampiran dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Pemandu Myvi dan Honda City yang merupakan lelaki berusia 19 dan 33 tahun tahun tidak mengalami sebarang kecederaan, namun penumpang Myvi iaitu seorang wanita berusia 27 tahun mengalami luka di kepala.

“Mangsa yang cedera dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan manakala mayat mangsa telah dibawa ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya