Pengasuh didakwa abai bayi hingga cacat kekal

Pengasuh didakwa abai bayi hingga cacat kekal

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melak hari ini..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pengasuh wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengabaikan seorang bayi lelaki berusia setahun sehingga mangsa mengalami kecacatan kekal, tahun lalu.

Tertuduh, Siti Salwa Rezuan, 35, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan iaitu pengasuh kepada seorang bayi lelaki berusia setahun  telah mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 2.30 petang di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Pertam Jaya, Semabok dalam daerah Melaka Tengah pada 27 Oktober 2023.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dipenjara maksimum 20 tahun atau denda tidak lebih RM50,000 mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kamarudin mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 terhadap tertuduh. 

Peguam Mohd. Nazri Abd. Hamid yang mewakili tertuduh merayu jaminan rendah iaitu RM5,000 dengan alasan anak guamnya hanya bekerja sebagai pengasuh dengan pendapatan RM1,700 sebulan manakala suaminya bekerja sebagai operator kilang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan perlu melapor diri sekali setiap bulan di balai polis berhampiran dan tidak mendekati atau mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Tarikh 14 November ini ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun mengalami pendarahan di kepala selepas dihantar ke sebuah taska di Taman Pertam Jaya.

Susulan itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri kemudian menyita taska berkenaan selepas ia tidak didaftarkan mengikut kepada alamat baharu premis dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Sementara itu, bapa mangsa yang berusia 31 tahun ketika dihubungi memaklumkan, anaknya kini mengalami cacat kekal dan dikategorikan orang kurang upaya (OKU). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya