Pengarah syarikat tak mengaku kemuka tuntutan palsu

Pengarah syarikat tak mengaku kemuka tuntutan palsu

Tuntutan palsu
YAP Sin Kong (kanan) dibawa ke Mahkamah Sesyen bagi menghadapi pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengemukakan butir matan palsu dalam tuntutan berjumlah RM302,850.48 pada 5 Oktober 2021.

Bagaimanapun, tertuduh, Yap Sin Kong mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berusia 58 tahun itu didakwa memperdaya seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan memberikan satu set dokumen sebagai tuntutan bagi kerja-kerja pembaikan ke atas Bot Perantas KB79-Stesen Wilayah Persekutuan Labuan berjumlah RM302,850.48.

Yang mana ia mengandungi butir matan yang palsu iaitu kerja-kerja melibatkan kren dengan tuntutan RM18.50 bagi empat orang selama lapan jam kerja dan anti-fouling bagi tiga tins berjumlah RM8,239, namun tidak dilaksanakan.

Kesalahan tersebut dipercayai dilakukan dekat Cawangan Pengurusan Kewangan, Ibu Pejabat JKDM di Kementerian Kewangan 3, Putrajaya.

Justeru, Sin Kong yang tidak diwakili peguam itu dituduh di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai butir matan palsu atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi.

Sin Kong juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan pilihan bagi perbuatan sama di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pegawai Pendakwa Raya SPRM, Muaz Ahmad Khairuddin kemudian mencadangkan jumlah jaminan RM15,000 dan syarat tambahan iaitu lapor diri pada setiap awal bulan di Pejabat SPRM berdekatan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun, Hakim Mohd. Nasir menolak rayuan jaminan dikemukakan oleh Sin Kong yang memberitahu sedang menghadapi masalah kewangan.

“Jaminan ditetapkan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin dan OKT dikehendaki menyerahkan pasport kepada mahkamah dan dikehendaki melapor diri pada setiap awal bulan di Pejabat SPRM,” katanya.

Beliau turut menetapkan sebutan semula dan pengurusan kes pada 13 November. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya