Pengarah syarikat mengaku tak bersalah guna dokumen palsu

Pengarah syarikat mengaku tak bersalah guna dokumen palsu

TAN Ee Seng (tengah) ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menggunakan dokumen palsu berkaitan laporan dan penyata kewangan tempatnya bekerja sembilan tahun lalu.

Tertuduh, Tan Ee Seng, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon supaya dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh dengan curangnya telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen, iaitu dokumen Laporan dan Penyata Kewangan (Report and Financial Statements) bertarikh 31 Disember 2014 sebagai Laporan Audit Tahunan 2014 bagi Syarikat BM City Realty and Construction Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di BM City Realty and Constructions Sdn. Bhd. pada 10 April 2015.

Atas kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 akta yang sama.

Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau dikenakan denda, atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afiqa Liyana Rozman manakala tertuduh diwakili peguam dari Visaliny Gan and Go.

Hakim kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan meminta tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga perbicaraan selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 November depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya