Penganjur mohon maaf insiden kibar bendera China

Penganjur mohon maaf insiden kibar bendera China

TANGKAP layar menerusi perkongsian di media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TELUK INTAN: Persatuan Kebudayaan Guan Gong memohon maaf atas insiden pengibaran bendera negara China pada perarakan sempena Sambutan Guan Gong Sedunia di Dataran Menara Condong, semalam.

Pengerusinya, Soon Boon Hua berkata, tindakan mengibarkan bendera negara lain itu tidak dirancang malah tiada dalam senarai acara yang disediakan oleh penganjur.

“Sebagai pihak yang mengelola Sambutan Guan Gong Sedunia di Stesen Malaysia, saya ingin memohon maaf atas insiden pengibaran bendera China oleh rombongan dari China.

“Untuk maklumat, pengibaran bendera China pada perarakan tersebut bukan dilakukan oleh penduduk negara ini,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, Sambutan Guan Gong Sedunia merupakan program yang diadakan setiap tahun dan dianjurkan dari Johor ke Kedah di mana Perak merupakan salah satu stesen (lokasi acara) yang terlibat.

Katanya, dalam setiap sambutan di pelbagai negeri, pihak pengelola akan mengibarkan bendara Malaysia iaitu Jalur Gemilang sebagai simbol patriotik.

Terdahulu tular di media sosial gambar dan video berdurasi sekitar seminit memaparkan beberapa individu mengibarkan bendera China berhampiran dengan Menara Condong, Teluk Intan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN