Penganggur didakwa tipu kawan setengah juta

Penganggur didakwa tipu kawan setengah juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menawarkan pelaburan perniagaan makanan kesihatan yang tidak wujud, 16 tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, Ch’ng Kee Guan, 74, didakwa telah menipu rakannya, Chang Seng Kooi, 53, dengan memperdayakannya dalam urusan pembayaran balik wang pelaburan dengan menggunakan cek bank yang berstatus Account Closed berjumlah RM500,000 di Wisma Zelan, Cheras, Kuala Lumpur pada 2 March 2008. 

Perbuatan itu didakwa di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak mencadangkan jaminan sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin tempatan.

Bagaimanapun, peguam bela, Manjit Singh yang mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan yang rendah atas alasan anak guamnya menghidap penyakit diabetis dan sakit jantung.

“Saya memohon jumlah jaminan minimum diberikan kepada anak guam saya kerana pada dua minggu lalu, beliau jatuh tangga dan kini penglihatannya tidak jelas.

“Saya percaya, matlamat jaminan adalah untuk tertuduh hadir ke mahkamah dan hari ini, anaknya hadir ke mahkamah sebagai penjamin,” kata Manjit. 

Hakim Hamidah Mohamed Deril kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan dan menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya