Pengangggur dicekup tidak sampai tujuh jam menyamun - Utusan Malaysia

Pengangggur dicekup tidak sampai tujuh jam menyamun

BARANGAN dan wang tunai yang dirampas daripada penganggur disyaki menyamun di sebuah hotel di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dicekup tidak sampai tujuh jam menyamun sebuah hotel di bandar raya ini dengan bersenjatakan parang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan di Marang sekitar pukul 11 pagi tadi.

Beliau berkata, polis menerima maklumat berlaku kejadian samun bersenjata di sebuah hotel pada pukul 4.20 pagi dengan suspek melarikan wang berjumlah RM6,600.

Menurut Azli, bertindak atas risikan pihaknya segera mengesan suspek terlibat sebelum lelaki itu dicekup bersama duit berjumlah RM5,180 disyaki hasil kejadian samun itu.

“Pasukan polis turut menemui resit deposit wang serta merampas sebuah motosikal Honda EX5, topi keledar dan sebilah parang dipercayai senjata digunakan suspek.

“Susulan tangkapan ini, kes diselesaikan dalam masa 24 jam dan kami percaya turut menyelesaikan satu lagi kes kecurian wang di hotel sama, sebulan yang lalu.

“Pihak polis akan mendapatkan perintah reman terhadap suspek, esok bagi meneruskan siasatan di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan (KK),” katanya ketika dihubungi malam ini.

Tambah beliau, siasatan lanjut mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau, selain turut negatif bahan terlarang ketika ditahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya