Penduduk rumah tepi sungai tidak tenang paras air terus tinggi

Penduduk rumah tepi sungai tidak tenang paras air terus tinggi

MUHAMMAD Fazli Omar menunjukkan paras sungai dibelakang rumahnya di Kampung Naram, Slim River, Tanjung Malim yang tidak surut sejak Ahad lalu. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Penduduk di kediaman berhampiran sungai di Kampung Naram, Slim River di sini masih bimbang kerana paras air masih tinggi walaupun banjir mula surut.

Muhammad Fazli Omar, 32, berkata, hujan berterusan membimbangkan dia dan keluarga kerana rumahnya ibarat di tengah pulau jika paras sungai mendadak naik.

“Sekarang pun paras air su­ngai tidak menunjukkan trend penurunan dengan hujan lebat setiap hari terutama pada waktu petang.

“Banjir kilat memang berlaku setiap tahun tetapi jika air naik pagi, petangnya sudah surut namun ini sudah masuk hari keempat paras sungai masih tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kata Muhammad Fazli lagi, rumahnya terletak di kawasan tanah rendah dan dikelilingi sungai.

“Ibu saya telah menetap di sini lebih 50 tahun tetapi banjir kali ini merupakan yang terburuk dialami setakat ini.

“Namun, saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil langkah proaktif supaya bencana besar ini tidak berulang lagi,” katanya.

Ujarnya, beliau khuatir akan keselamatan warga emas yang mempunyai penyakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya