Penduduk minta laluan Bukit Pasir segera diselenggara

Penduduk minta laluan Bukit Pasir segera diselenggara

MOHD. Syahbuddin Hashim menunjukkan laluan tanah Bukit Pasir, Pos Balar, Gua Musang, Kelantan yang rosak dan perlu diselenggara oleh pihak berwajib sebelum bermulanya musim tengkujuh. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Lebih 1, 000 keluarga Orang Asli di Pos Balar dan Pos Belatim di sini merayu kepada kerajaan menyelenggara jalan Bukit Pasir yang sering rosak dan berlaku hakisan sebelum musim tengkujuh melanda negeri ini bulan depan.

Dakwa penduduk, jalan utama yang menjadi laluan keluar dan masuk ke kawasan penempatan mereka mengalami kerosakan teruk dan berlaku hakisan tanah yang boleh membahayakan nyawa pengguna yang melalui laluan itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nen Aja, 27, berkata, masalah itu menyebabkan penduduk Pos Balar dan Pos Belatim sukar untuk keluar melakukan urusan di bandar Gua Musang.

“Selain penduduk Orang Asli, laluan itu turut digunakan oleh guru Sekolah Kebangsaan (SK) Balar, petugas kesihatan dan pihak kontraktor yang mengambil pesakit dan pelajar Orang Asli.

“Harapan kami agar pihak berwajib membaik pulih jalan yang rosak secepat mungkin sebelum bermulanya musim tengkujuh kerana laluan ini dijangka akan rosak teruk,” katanya.

Zainal Angah, 47, pula memberitahu, sebelum ini pihak kontraktor yang dilantik kerajaan telah melakukan kerja membaiki jalan tersebut, tetapi tidak lama kemudian laluan itu kembali rosak.

Katanya, dia berharap kerajaan menyediakan peruntukan untuk membaik pulih jalan agar laluan lebih baik dan selamat.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, hasil tinjauan mendapati langkah keselamatan perlu diambil bagi memudahkan urusan rakyat yang berada di kawasan pedalaman.

Katanya, dianggarkan lebih 1, 000 keluarga menggunakan laluan itu kerana ia laluan mereka menghantar anak ke sekolah serta melakukan urusan di Bandar Gua Musang.

“Kebanyakan ibu bapa menggunakan alasan jalan rosak untuk tidak menghantar anak ke sekolah yang terletak di kawasan bandar. Jika kita tidak menyelenggara jalan ini lebih ramai anak di kawasan Pos Balar dan Pos Belatim tidak hadir ke sekolah kerana ibu bapa bimbang dengan keadaan jalan yang rosak,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya