Penduduk Jalan E6 Taman Melawati belum dibenarkan pulang

Penduduk Jalan E6 Taman Melawati belum dibenarkan pulang

KERJA-KERJA baik pulih sedang giat dijalankan ekoran kejadian tanah runtuh di Taman Melawati semalam semalam. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA : Penduduk Jalan E6 Taman Melawati yang terkesan dengan kejadian tanah runtuh semalam masih belum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sehingga kerja pembaikan cerun selesai.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, berdasarkan kajian Jabatan Mineral & Geosains (JMG) dilokasi berkenaan mendapati tiada lagi pergerakan tanah dikesan.

Beliau berkata, mereka telah memberikan pandangan dan nasihat teknikal kepada agensi terlibat untuk urusan pembaikan cerun bagi memastikan keselamatan umum terpelihara.

“Pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) juga sedang giat melaksanakan kerja-kerja laluan kepada mitigasi dan pembaikan cerun di Jalan G2 dan Jalan Serdang, Taman Melawati,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan memberi ruang pada pihak berkuasa untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan.

“Selain itu, para pemberita melalui selian Jabatan Penerangan telah dibenarkan masuk untuk melakukan tinjauan di tempat kejadian pada pukul 2.30 petang tadi,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya