Penduduk berkas lelaki disyaki cuba culik budak dua tahun

Penduduk berkas lelaki disyaki cuba culik budak dua tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing diberkas penduduk kerana dipercayai terlibat dalam cubaan menculik kanak-kanak berusia dua tahun di Kuang, Rawang, dekat sini kelmarin.

Kejadian itu turut tular dalam media sosial selepas beberapa video menunjukkan lelaki itu diikat dan ditahan orang awam berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan dua video tular dalam Facebook menunjukkan seorang lelaki warga asing sedang disoal siasat selain satu lagi video menunjukkannya dalam keadaan terbaring de­ngan tangan diikat.

Katanya, polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 47 tahun menyatakan terdengar daripada jiran pe­ngadu menjerit meminta tolong ada lelaki cuba menculik anak­nya pada pukul 12.40 tengah hari, kelmarin.

“Pengadu ke rumah jiran dan melihat lelaki berkenaan melarikan diri. Susulan itu, pengadu bersama penduduk mengejar lelaki tersebut dan menahannya berhampiran kawasan pembuangan sampah, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian,” katanya semalam.

Menurutnya, berlaku pergelutan ketika cuba menahan suspek namun dia dapat ditangkap dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku di ruang tamu rumah mangsa yang didatangi suspek yang berseorangan dan memperkenal diri sebagai tukang cuci.

“Polis membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan iaitu jenayah culik yang memperuntukan hukuman penjara yang boleh menjangkau sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda dan Sekayen 511 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara 10 tahun dan denda,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya